Naluri keusahawanan yang tinggi membawa seorang suri rumah menceburi bidang itu dengan tekad mahu menjadi usahawan yang berjaya.<br /><br />Rosliza Yazid hanya bermula dengan menjual produk usahawan lain, namun beliau sedar dengan kuasa media sosial, beliau juga mampu mengeluarkan produk sendiri.<br /><br />Hasil usaha berterusan.. beliau kini berjaya mengeluarkan produk penjagaan kesihatan dan penjagaan diri.
